Monday, December 29, 2008

KEROHANIAN DAN KETUHANAN





Tadi siang, Maman Teacherspet dan Zag (Produser) mampir ke rumah. Sejak kebelakangan ini, Maman sibuk mencipta lagu-lagu baru untuk album barunya. Aku pula rasa besar hati kerana dapat mendengar lagu2nya di samping memberikan pendapat aku fasal lagu2nya.


Aku yakin, lagu2 baru yang ke arah kerohanian dan keTuhanan ini akan mencetus sesuatu yang baik dalam industri muzik kita. Alunan muzik dan lirik2 nya juga amat menyentuh hingga ke pangkal jiwaku. Tambahan lagi lirik2 lagunya yang puitis dapat menerobos ke pasaran malaysia dan juga Indonesia.


LAgu2 seperti Anugerah Cinta (Wanita Warisan 2) dan Titipan Illahi mempunyai makna yang begitu luas. Dan aku amat tersentuh dengan mesej yang disampaikan oleh Maman.


Transformasi Maman dari lagu2 pop ke lagu keTuhanan memang sudah lama diinginkan, cuma tidak ada peluang dan formula yang utuh.


Album yang akan datang ini pastinya, membukan laluan yang baru untuk Maman mencapai hasratnya dalam penciptaan lagu. Moga Sukses bro.

Friday, December 12, 2008

OPERASI BERJALAN LANCAR

Pada 10 Oktober 2008m kira2 pukul 1 tengahari aku di sorong ke teater operasi, Sedikit gementar kerana kaki aku akan dioperasi untuk membetulkan tulang yang dah patah.
Setelah diberi oksigen, aku tak ingat apa2 langsung. Bila sedar, aku tak percaya hampir 4 jam sudah berlalu. Memang tak rasa apa2 kerana dibius seluruh badan.

Bila dah sedar, ada 7 cm parut dan bekas 16 bekas jahitan. Ada satu lagi 3 cm parut dengan 3 jahitan. Dan sebatang besi waja sepanjang 2mm x 7 cm tertanam dalam lutut ku. Subhanallahm mudah-mudah boleh bisa berjalan dan tidak mendatangkan mudarat.

Amin... operasi berjalan lancar..

Monday, December 8, 2008

HARI KE EMPAT

Hari ini adalah hari keempat aku berada di hospital. Tidak banyak yang berubah. Kaki ku masih sakit dan operasi masih belum dijalankan. Doktor yang menjagaku katakan perlu pendapat kedua dari seorang doktor pakar sebelum operasi dijalankan. Mudah-mudahan operasi tidak begitu berat untuk dilakukan.
Hari ini pula Hari Raya Haji dan aku terpaksa duduk di hospital buat seketika.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu AKbar
Walilah ilhamd

Sunday, December 7, 2008

CABARAN DAN KESABARAN

Tepat ketika azan melaung pada Jumaat, 5 Disember lalu, aku dilanggar van. Kira-kira pada pukul 1 tengahari. Antara Simpang North Bridge Road dan Arab Street. Bila lampu tukar hijau untuk pejalan kaki melintas, aku dari Golden Landmark menuju bangunan Zam-Zam restoran. Sebuah teksi berhenti, tiba-tiba sebuah van hijau semakin menghampiri ku sejurus aku menyeberang. Van tu semakin hampir dan aku tidak sempat untuk mengelak. Van yang dipandu oleh seorang bangsa Singh sempat berhenti mendadak, tapi tetap melanggar bahu kanan ku. Aku tercampak dan kaki kiri ku di daerah lutut terasa amat sakit. Aku sedang membawa bag yang berisi laptop dan cuba untuk berdiri, dan aku rasakan lutut aku 'terpusing' . Di situ aku tahu, kaki ku mengalami keadaan yang tak diinginkan.
Pemandu Singh tu menelefon ambulans dan polis. Ramai di situ membantu ku untuk ke tepi jalan. ALhamdulillah, walaupun tulang lutut terkehel, kepala dan bahagian tempat penting tidak apa-apa. Syurkurlan.
Ambulans membawa ku ke Tan Tock Seng Hospital dan di buat Xray dan didapati tulang di bawah lutut dah 'terlari'. Aku tidak tahan sakit di kaki ku dan meminta untuk diberi suntikan penahan sakit. kemudian di tolak ke 'observation room' buat seketika.
Pada petang hari itu juga aku dimasukkan ke Wad 12B katil 54. Cubaan demi cabaran aku alami. Dan aku berdoa moga lekas sempuh. Operasi hanya boleh dilakukan beberapa hari lagi.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar.

Wednesday, December 3, 2008

SINGAPORE LITERATURE PRIZE 2008


Buku yang disenarai-pendek untuk SLP -

1. Langau Menyerang Masjid dan Cerita2 Lainnya (Suratman Markasan)
2. Sekeras Waja, Selembut Sutera (Manaf Hamzah)
3. Bila Rama-Rama Patah Sayapnya (Mohd Latiff Mohd)
4. Cetusan Kalbu Seorang Penyair (Peter Augustine Goh)
5. Perahu Melayu Di Lautan Khulzum (Johar Buang)
6. Anugerah Bulan Buat Bonda (Muhammad Salihin)

Mendapat percalonon dalam SLP sudah membuat aku sangat gembira kerana ia adalah kali pertama kali bagiku.

PANEL PENGADIL
1. Mohd Pitchay Gani (Ketua)
2. Prof Sharudin Maaruf
3. Pak Budi Darma (Indonesia)
Pengumuman dan majlis penyampaian anugerah diadakan di Arts House pada 3
Disember 2008 dengan Dr Vivian Balakrishnan sebagai tetamu terhormat. Dan ramai yang sudah menyangka Sasterawan Mohd Latiff Mohd akan memenangi lagi pada tahun ini setelah menerima anugerah ini pada tahun 2002 & 2004 (hatrick). Hadiah wang tunai $10,000 diterimanya.

Bagiku, ia membuat aku lebih bersemangat utk berkarya, bukan utk mengejar anugerah, tetapi untuk meluaskan taman sasteraku yang dirasakan masih lagi cetek.

Hebat.....

Monday, October 27, 2008

TIGA SENIMAN BESAR DALAM SATU PAMERAN KHAT







reviu pameran

Dalam sebuah pameran khas yang berakhir baru-baru ini, karya dari tiga seniman besar Singapura telah dipamerkan dalam satu ruang. Karya-karya dari seniman Allahyarham Hj Sulaiman Suhaimi, Allahyarham Mohammad Din Mohammad dan juga dari S Mohdir telah menjadi tatapan ramai di Galeri Taman Warisan Melayu sejak bulan ramadhan yang lalu. Julung-julung kali, karya-karya khat atau kaligrafi Islam mereka disatukan dalam sebuah pameran. Pameran ini telah berlangsung selama sebulan sejak bulan ramadah yang lalu.
Gabungan hebat sebegini pun jarang-jarang berlaku semasa hayat dua pelukis yang sudahpun menjadi almarhum. Tiga seniman ini berkarya dengan teknik pengolahan yang berbeza-beza dalam kaligrafi Islam. Mereka mempunyai pendekatan yang berlainan dan cara mereka mengilhamkan lukisan juga berlainan.
S Mohdir, salah seorang pengasas APAD (Angkatan Pelukis Aneka Daya) yang masih berkarya menampakkan teknik yang berlapis-lapis dan warna bertindih-menindih. Karya khat S Mohdir berdimensi dan tetap utuh ditelan waktu. S Mohdir yang sudahpun menjangkau 70’han tahun merasakan melukis ialah caranya untuk merehatkan fikiran. Sejauh ini, pelukis veteran ini masih belum mahu bersara dalam dunia seni halus ini.
Sebagai seorang guru pesara, S Mohdir masih secara konsisten mengilhamkan karya-karya yang mantap dan berseni. Sememangnya beliau merupakan seniman yang penuh pengalaman dan sering menghasilkan karya-karya yang segar. Dalam pemeran ini, S Mohdir menggabungkan seni khat dengan seni halus.
Seorang lagi pelukis, Hj Sulaiman Suhaimi, yang baru meninggalkan kita beberapa bulan lalu, merupakan seorang seniman dari generasi pertama. Teknik dan caranya menghasilkan karya-karya khat berbeza dengan S Mohdir dan Mohammad Din Mohammad. Hj Sulaiman mendalami seni khat ketika beliau pulang dari mengerjakan umrah satu ketika dahulu. Setelah mendalami seni khat, Hj Sulaiman juga telah mengadakan bengkel seni khat di rumahnya.
Hj Sulaiman pernah menjadi guru dan inspektor sekolah. Gaya dan tekniknya agak teliti dan tenang. Karya-karya khatnya telah banyak dijadikan hiasan untuk kalendar beberapa buah masjid untuk pengumpulan dana. Warna-warna khat Hj Sulaiman agak suram, namun teks ataupun surah keIslaman adalah keutamannya. Cara beliau menyampaikan maksud dalam karya juga ketara perbezaannya. Kehilangan beliau dipersada seni amat dirasakan.
Karya-karya Mohammad Din Mohammad juga telah mengisi ruang galeri Taman Warisan Melayu. Beliau telah meninggalkan kita pada Mei tahun lalu, dan kebelakangan ini, karya-karya beliau semakin sering diperkatakan dan pemikiran seninya juga akan dijadikan bahan penyelidikkan. Allahyarham telah meninggalkan kita dalam lingkungan 50’han. Beliau telah meninggalkan khazanah lukisan khat yang agak banyak dan ada yang dipamerkan di galeri kelolaan keluarga armarhum di Durian Tunggal, Melaka.
Karya-karya Mohammad Din juga amat berbeza tekniknya dan persembahannya. Dengan menggunakan tapak tangan, jari-jemari serta warna yang langsung dari tiub, lukisan khatnya kelihatan lebih agresif dan spontan. Warna-warna dalam khatnya berbagai-bagai. Karya monokrom juga berwarna-warni menjadi pilihan utama pengkarya.
Ada karya yang hanya digunakan Alif, Ba, Ta dan ada karya yang gunakan ayat-ayat ringkas dari Al-Quran. Sewaktu hayatnya, Armarhum pernah mengadakan pameran solonya selain di Perancis dan Turki, ada banyak lagi pameran pernah disertainya.
Namun, ketiga-tiga seniman mempunyai matlamat dan arah yang satu. Mereka bersatu dalam kaligrafi Islam. Mereka inginkan kalimah-kalimah keIslaman disebarkan melalui seni. Melalui seni khat, kita seolah-olah berzikir mengucapkan kata-kata untuk mengingati Allah. Semestinya, mengEsakan Allah dan menyatakan kesyukuran dalam bentuk Alhamdulillah menjadikan pemikiran mereka menjadi satu.
Syabas kepada Taman Warisan Melayu kerana inisiatif mereka mengadakan pameran dan juga demonstrasi seni khat sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

Thursday, October 23, 2008

SIDANG BURUNG EKAMATRA



Karya agung ilham Farrarudin Attar yang berjudul Mantiq At-tair atau dalam bahasa Inggeris Conference of the Birds sudah dipermudahkan teks nya oleh Seniman kita Isa Kamari untuk dijadikan pementasan teater. Teks asal ini amat berat dibaca dan difahami, dan apabila ia dijadikan sebuah pementasan teater, ia membuka satu ruang untuk kita lebih memahami dan mendalami karya-karya agung seperti ini.
Saya sempat menghadiri salah satu sesi latihan Sidang Burung dan mendapati satu pengalaman yang sungguh 'indah'. Tema perjalanan burung-burung mencari Raja burung Simurgh, dan rintangan yang akan ditempuhi, keresahan, menemui laluan kebenaran, serta keupayaan membangkit dari kegagalan adalah mesej yang dapat saya resapi.
Teater fizikal ini diarah oleh seniman setempat kita yang berbakat dan berpengalaman, Sdra Sani Hussin.
Dengan gerakkan sang burung dgn berbagai telatah dan gerak lagu, dan watak Datuk dan cucu yang menyelongkar keutamaan kemuliaan dan status secara tidak sedar telah menakluki falsafah kehidupan dan kewujudan kita dalam alam jagat ini.
Sidang Burung dipentaskan di Espalanade dari 24 - 25 October 2008.