Monday, December 29, 2008

KEROHANIAN DAN KETUHANAN





Tadi siang, Maman Teacherspet dan Zag (Produser) mampir ke rumah. Sejak kebelakangan ini, Maman sibuk mencipta lagu-lagu baru untuk album barunya. Aku pula rasa besar hati kerana dapat mendengar lagu2nya di samping memberikan pendapat aku fasal lagu2nya.


Aku yakin, lagu2 baru yang ke arah kerohanian dan keTuhanan ini akan mencetus sesuatu yang baik dalam industri muzik kita. Alunan muzik dan lirik2 nya juga amat menyentuh hingga ke pangkal jiwaku. Tambahan lagi lirik2 lagunya yang puitis dapat menerobos ke pasaran malaysia dan juga Indonesia.


LAgu2 seperti Anugerah Cinta (Wanita Warisan 2) dan Titipan Illahi mempunyai makna yang begitu luas. Dan aku amat tersentuh dengan mesej yang disampaikan oleh Maman.


Transformasi Maman dari lagu2 pop ke lagu keTuhanan memang sudah lama diinginkan, cuma tidak ada peluang dan formula yang utuh.


Album yang akan datang ini pastinya, membukan laluan yang baru untuk Maman mencapai hasratnya dalam penciptaan lagu. Moga Sukses bro.

Friday, December 12, 2008

OPERASI BERJALAN LANCAR

Pada 10 Oktober 2008m kira2 pukul 1 tengahari aku di sorong ke teater operasi, Sedikit gementar kerana kaki aku akan dioperasi untuk membetulkan tulang yang dah patah.
Setelah diberi oksigen, aku tak ingat apa2 langsung. Bila sedar, aku tak percaya hampir 4 jam sudah berlalu. Memang tak rasa apa2 kerana dibius seluruh badan.

Bila dah sedar, ada 7 cm parut dan bekas 16 bekas jahitan. Ada satu lagi 3 cm parut dengan 3 jahitan. Dan sebatang besi waja sepanjang 2mm x 7 cm tertanam dalam lutut ku. Subhanallahm mudah-mudah boleh bisa berjalan dan tidak mendatangkan mudarat.

Amin... operasi berjalan lancar..

Monday, December 8, 2008

HARI KE EMPAT

Hari ini adalah hari keempat aku berada di hospital. Tidak banyak yang berubah. Kaki ku masih sakit dan operasi masih belum dijalankan. Doktor yang menjagaku katakan perlu pendapat kedua dari seorang doktor pakar sebelum operasi dijalankan. Mudah-mudahan operasi tidak begitu berat untuk dilakukan.
Hari ini pula Hari Raya Haji dan aku terpaksa duduk di hospital buat seketika.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu AKbar
Walilah ilhamd

Sunday, December 7, 2008

CABARAN DAN KESABARAN

Tepat ketika azan melaung pada Jumaat, 5 Disember lalu, aku dilanggar van. Kira-kira pada pukul 1 tengahari. Antara Simpang North Bridge Road dan Arab Street. Bila lampu tukar hijau untuk pejalan kaki melintas, aku dari Golden Landmark menuju bangunan Zam-Zam restoran. Sebuah teksi berhenti, tiba-tiba sebuah van hijau semakin menghampiri ku sejurus aku menyeberang. Van tu semakin hampir dan aku tidak sempat untuk mengelak. Van yang dipandu oleh seorang bangsa Singh sempat berhenti mendadak, tapi tetap melanggar bahu kanan ku. Aku tercampak dan kaki kiri ku di daerah lutut terasa amat sakit. Aku sedang membawa bag yang berisi laptop dan cuba untuk berdiri, dan aku rasakan lutut aku 'terpusing' . Di situ aku tahu, kaki ku mengalami keadaan yang tak diinginkan.
Pemandu Singh tu menelefon ambulans dan polis. Ramai di situ membantu ku untuk ke tepi jalan. ALhamdulillah, walaupun tulang lutut terkehel, kepala dan bahagian tempat penting tidak apa-apa. Syurkurlan.
Ambulans membawa ku ke Tan Tock Seng Hospital dan di buat Xray dan didapati tulang di bawah lutut dah 'terlari'. Aku tidak tahan sakit di kaki ku dan meminta untuk diberi suntikan penahan sakit. kemudian di tolak ke 'observation room' buat seketika.
Pada petang hari itu juga aku dimasukkan ke Wad 12B katil 54. Cubaan demi cabaran aku alami. Dan aku berdoa moga lekas sempuh. Operasi hanya boleh dilakukan beberapa hari lagi.
Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar.

Wednesday, December 3, 2008

SINGAPORE LITERATURE PRIZE 2008


Buku yang disenarai-pendek untuk SLP -

1. Langau Menyerang Masjid dan Cerita2 Lainnya (Suratman Markasan)
2. Sekeras Waja, Selembut Sutera (Manaf Hamzah)
3. Bila Rama-Rama Patah Sayapnya (Mohd Latiff Mohd)
4. Cetusan Kalbu Seorang Penyair (Peter Augustine Goh)
5. Perahu Melayu Di Lautan Khulzum (Johar Buang)
6. Anugerah Bulan Buat Bonda (Muhammad Salihin)

Mendapat percalonon dalam SLP sudah membuat aku sangat gembira kerana ia adalah kali pertama kali bagiku.

PANEL PENGADIL
1. Mohd Pitchay Gani (Ketua)
2. Prof Sharudin Maaruf
3. Pak Budi Darma (Indonesia)
Pengumuman dan majlis penyampaian anugerah diadakan di Arts House pada 3
Disember 2008 dengan Dr Vivian Balakrishnan sebagai tetamu terhormat. Dan ramai yang sudah menyangka Sasterawan Mohd Latiff Mohd akan memenangi lagi pada tahun ini setelah menerima anugerah ini pada tahun 2002 & 2004 (hatrick). Hadiah wang tunai $10,000 diterimanya.

Bagiku, ia membuat aku lebih bersemangat utk berkarya, bukan utk mengejar anugerah, tetapi untuk meluaskan taman sasteraku yang dirasakan masih lagi cetek.

Hebat.....