Thursday, February 4, 2010

101 MALAYSIAN ANECDOTES


Reviu Buku
101 MALAYSIAN ANECDOTES
Karya : Salmiah Alias
Ilustrasi : Nor Azlin Ngah, Nur Azmi, Ahmad Kamel
Dalam koleksi anekdot cerita-cerita Malaysia ini merangkum berbagai topik. Pengalaman penulis dalam bidang undang-undang dan korporat, walaupun tidak diberi sorotan, membuka sebuah lambaran yang menyentuh kebijaksanaan melalui gambaran tempat dan manusia sekitarannya. Teks-teks yang ditulis oleh Salmiah Alias penuh dengan kesegaran dan pelajaran, walaupun ia seperti sebuah komik.
Bukan itu saja, beliau membongkar kisah-kisah kehidupan negerinya tercinta yang juga terkandung berbagai bangsa dan agama, desa dan bandar, yang kaya dan yang miskin, yang sederhana dan yang sofistikated, moden dan tradisional, masa lalu dan yang kini dengan kelibat masa akan datang.
Buku ini juga merupakan koleksi cerita yang ditulis dengan begitu terperinci yang kebanyakan dari pengalaman harian itu sendiri – ia penuh dengan idea, humor dan juga pengertian yang mendalam. Pembaca pasti akan terhibur dengan buku ini dan akan ‘mengalami’ sendiri pengalaman dan kenangan nostalgia yang dicatitkan pengarang.
Ada juga pengalaman dan pertemuan dengan orang-orang sewaktu di dalam dan luar negeri, menciptakan respons-respons yang berbagai, yang tak disangka-sangka, menyenangkan dan kadangkala merusuh fikiran. Hampir setiap insiden ataupun peristiwa memberikan kita sesuatu untuk difikirkan.
Salmiah Alias menceritakan sketsa-sketsa dari kehidupannnya sewaktu kecil di Kedah dengan warna-warna nostalgia, Keseluruhannya, kisah hidup Salmah di desa yang sungguh ceria, dengan watak-watak benar yang sungguh menakjubkan seperti Umi (moyangnya) dan Tuk Lada Hitam (wanita tua yang menghalau jin).
Ada juga sorotan sewaktu beliau menjadi seorang pelajar di universiti; penukaran pakaian harian dari baju tradisional kepada pakaian penunggang motosikal yang ranggi.
Bukan itu sahaja, aspek kehidupan bandar dilukiskan secara tepat dan penuh humor. Pada waktu yang sama, Salmiah meraihkan peluang untuk mencapai impian, kepentingan hidup sebagai jiran, keupayaan untuk ‘lari’ dari kebun keluarga.
Interaksi dengan kebudayaan dari luar negara juga digambarkan dengan jelas dan ‘pedas’. Buku ini ditulis dengan bahasa Inggeris dan diterjemahkan dengan ilustrasi yang penuh humor dan menyegarkan.
Anekdot ini pastinya dapat membuka minda kita. Ia juga merupakan refleksi terhadap kehidupan seorang yang berasal dari kampung, yang terpaksa tinggal dengan sembilan adik-beradik, kemudian menceritakan pula mengenai kehidupan membesarkan sembilan orang anak, terpaksa menjalankan tukar sebagai seorang peguam sambil mendidik anak, dan perubahan zaman yang begitu ketara membuat kita berfikir sejenak mengenai kehidupan yang telah dilaluinya.
Pembaca akan dapati buku ‘101 Malaysian Anecdotes’ ini begitu kandid dan juga ‘teman’ yang tidak membosankan.
Terbitan : Al Ameen Serve Holdings
Harga : RM 34.00
Boleh dibeli online melalui www.ameenbooks.com.my