Sunday, March 22, 2009

ALBUM DAKWAH DALAM BAHASA ARAB DAN URDU


OLEH Muhammad Salihin

Album yang berjudul Bismillah nyanyian Imran Bin Mohamed akan berada di pasaran tidak lama lagi. Imran yang berumur 35 tahun adalah anggota Alumni Madrasah Aljunied dan telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Ayah dan pakciknya juga pernah aktif dalam dunia muzik setempat.

Atas dorongan teman karibnya, Syed Mustaffa, teman sejak dari bangku sekolah, maka album ini dapat dicetuskan. Peluang untuk menyanyikan lagu dakwah tidak wujud sewaktu Imran bersekolah di Madrasah Aljunied hingga ke peringkat pra-universiti.

Dengan peluang yang terbuka ini, maka Imran rasakan ini adalah waktu yang terbaik untuk menyumbang lagu-lagu dakwah dalam bahasa yang dia selesa kepada masyarakat.

Album yang diterbitkan oleh Planet Spiritual ini, lagu-lagunya dalam bahasa Arab, Parsi dan Urdu dan yang ada sentuhan qasidah dan muzik dunia disatukan. Proses rakaman asas hanya berlangsung selama dua minggu tapi adunan lagu dan muzik oleh Snootz Studio memakan masa yang lebih lama sedikit. Susunan muzik pula dilakukan oleh Al-Hafiz, peniup seruling terkenal di Singapura.

Sebelum ini, Imran tidak pernah menyampaikan lagu dakwah selain dari album projek khas untuk ALMAS-Permata. Penjualan album tersebut juga amat menggalakkan. Ramai yang tidak ketahui, Imran juga sering muncul dalam rancangan-rancangan Vasantham.

Beliau sebenarnya lebih cenderung menyanyikan lagu-lagu Hindi. Melody dan beberapa lirik lagunya dalam album ini juga disokong oleh ayah, bonda dan keluarga.

Dengan terakamnya album ini, secara tak langsung Imran ingin menyumbangkan kembali jasanya kepada Madrasah Aljunied. Album Bismillah yang telah merakamkan sebanyak dua belas lagu, mengandungi 12 lagu kesemunya. 3 lagu dalam bahasa Urdu dan 9 lagu-lagu selawat dan qasidah.

Kepada para peminat lagu-lagu Hindi dan Bollywood, album dakwah ini boleh menjadi muzik alternatif yang dapat menyegarkan dan santapan rohani. Bukan itu saja, ia merupakan album lagu-lagu dakwah, dengan satu kelainan. Album ini boleh didapatkan di Madrasah Aljunied, 30 Victoria Street.

Lagu-lagu yang diisi dalam album ini ialah : Bismillah, Igfirlana, Solaatuna, Allahu Robbi, Baghdadi Baghdadi, Doa Taubat, Astaghfirullah, Ya Azim, Anta Maulana Ya Habibi, Hum Hain Khyale Yaar, Allahu Allah (bersama Syamil) dan lagu bonus, Burdah Syareef.

Dan album dakwah ini dijangka akan menjadi fenomena di kalangan mereka yang faham dalam bahasa Arab, Hindi dan Urdu. Insya’allah.

No comments: