Monday, June 23, 2008

PERASMIAN GALERI MOHAMMAD DIN MOHAMMAD







AKHIRNYA, GALERI IDAMAN DIRASMIKAN
Pada Sabtu 21 Jun lalu, Galeri Mohammad Din Mohamad akhirnya dirasmikan.
Sebelum ini, Kak Midah (balu Mohammad Din) beberapa kali menelefon ku untuk aku turut serta dalam perasmian dan sekaligus menulis sesuatu mengenai perasmian ini. Cita-cita dan impian seorang seniman Allahyarham Mohammad Din Mohammad kini menjadi satu realiti.




Namun, apakan daya, setahun setelah dunia seni kehilangan beliau, hingga kini kekosongan masih tetap dirasakan. Dengan berdirinya galeri ini, maka karya-karya beliau dapat ditempatkan di bawah satu bumbung yang dekat dengan kelahirannya. Alhamdulillah, Tun Khalil Yakob telah merasmikannya dengan memberi harapan bahawa badan dan kerajaan akan membantu menjayakannya.

Kami tiba agak awal. Aku bersama Abu Jalal, serta Suhaimi Sukiyar (Presiden APAD), Rosman Sahid serta Ahmad Abu Bakar amat seronok bila tiba di sana hampir ke satu tengahari. Persiapan seperti kumpulan gamelan, kereta lembu, serta kemah dah mula mengambil tempat masing-masing.

Pembukaan tirai majlis diserikan oleh pembacaan puisi oleh pelukis Tumadi Patri, yang juga begitu rapat dengan Allahyarham. Dan aku juga amat tersentuh bila bila sebak dan mengalirkan air mata sedih sewaktu pembacaan dan selepas meluahkan puisi-puisinya.

Ramli Sarip kemudiannya mendendangkan lagu Bukan Kerana Nama dan Layarkan untuk menyerikan majlis. Dan M Nasir, seperti Ramli, telah lama bersahabat dengan Allahyarham turut mendendangkan lagu seolah-oleh memberi penghormatan kepadanya. Nasir memukul gendang kecil sambil bernyanyi lagu Keroncong Nostradamus. Taufik Batisah juga hadir, tapi tak buat persembahan.

Dan Seniman Negara Syed Ahmad Jamal juga memberi kata-kata aluan yang amat memberangsangkan. Dia juga menghormati dan kagum keupayaan Allahyarham yang penuh dedikasi dan fokus dalam karya seninya.

Seniman dan aktivis seni seperti Ahmad Zakii Anwar, Saiman Ismail, Zulkifli Alfia, Zoul, Marlia Musa, Raja Ahmad Aminullah, dan ramai lagi handai taulan turut hadir untuk meraikannya. Dan kira-kira hampir 500 orang hadir seronok dapat menyaksikan perasmian dan juga tidak akan lupa dengan chendol mamak yang dibawa khas dari Kota Melaka.
Menurut Kak Midah, aktiviti-aktiviti seni seperti pameran dan juga bengkel akan dijalankan untuk memeriahkan lagi seni.

Moga rohnya tenang dan Galeri ini akan kekal sebagai mercu tanda sejarah yang berprestij.

No comments: