Monday, May 5, 2008

Galeri Mohammad Din Mohammad akan Dirasmikan




Balu dan keluarga Allahyarham Mohammad Din telah meneruskan usaha untuk membina sebuah Galeri di kampung kelahiran seniman tersohor di Durian Tunggal, Melaka. Memang itu adalah cita-cita beliau semasa hayatnya untuk memiliki galeri sendiri.


Dengan dikelilingi suasana kampung, sungai, parit dan tasik, tempat ini dapat memberikan kita satu ketenangan dan suasana yang berlainan. Dan untuk orang-orang seni, inspirasi baru pasti akan muncul bila berada di sini.


Saya tiba bersama pelukis Abu Jalal pada 3 Mei lalu kira-kira pukul 11 pagi dan disambut oleh Kak Midah dan keluarga beliau. Kami berbincang sambil membantu dengan memberikan beberapa idea-idea untuk kelancaran perlaksanaan galeri ini.


Pada 21 June 2008 nanti, galeri ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dengan berbagai aktiviti yang menarik. Dan pastinya ia bukan saja menjadi perasmian yang hebat, tetapi kita juga akan mengenang jasa-jasanya dalam bidang kesenian.
Dan dalam jangkamasa yang panjang, Galeri ini mahu menyebarkan sayap dengan mengadakan aktiviti-aktiviti sihat dalam bidang kesenian. Dan para pelukis yang mahu bertukar angin juga boleh berkarya di galeri kampung ini.


Mudah-mudahan kita mempunyai kesihatan dan kelapangan untuk menghadiri hari perasmiannya yang juga akan dihadiri oleh teman-teman arwah seperti anggota APAD, M Nasir dan juga Ramli Sarip.


Dalam persinggahan ini, yang tak akan dilupakan ialah bila dihidangkan nasi, lauk kampung dan ulam raja....
Salam

No comments: