Monday, May 5, 2008

KARYA NAN INDAH


REVIU BUKU
KARYA NAN INDAH, PANDUAN PENULISAN KREATIF
karya FAISAL TEHRANI

Jika anda sudah bertekad untuk menjadi seorang penulis, baik dalam genre cerpan ataupun novel, buku Karya Nan Indah (KNI) oleh Faisal Tehrani merupakan bahan panduan yang paling sesuai. Ia bukan saja informatif, tetapi padat dan juga menarik.


Setelah merujuk kepada beberapa buku panduan penulisan, buku terbitan Al-Ameen Serve Holdings ini mudah, dan dirasakan amat bertepatan kepada mereka yang baru bertapak dalam bidang penulisan.


Tiga entiti yang saling berkait dalam dunia penulisan ialah, pengarang, karya dan sasaran pembacanya. Ini merupakan antara panduan terpenting dalam KNI.


Buku ini pastinya harus dimiliki oleh sesiapa yang ingin mendalami ‘rahsia’ sebagai seorang penulis. Faisal Tehrani, Penerima Anugerah Seni Negara Malaysia (2006) lazimnya mendekati para peserta bengkelnya dengan menggunakan bahan-bahan di dalam KNI. Ia dipermudahkan dan pastinya dapat membantu pada bakal penulis.


Dengan lukisan grafik yang memberi kesan humor, nukilan-nukilan dari tokoh-tokoh besar dunia, pesanan-nasihat dari Faisal, dan diselang-selikan dengan peribahasa dan pantun, buku ini amat bermanfaat dan berkesan.


Antara bahan kandungan buku ini, ialah cerpen-cerpen awal Faisal yang beliau rasa masih dianggap lemah dan juga pengalaman-pengalaman sewaktu berkarya dijadikan bahan contoh.
Menurut Faisal, buku panduan ini hanyalah untuk pemula dan sekiranya tiada aral, akan ada buku panduan selanjutnya. Namun, bagi pendapat saya, KNI bukan setakat untuk yang baru bertatih dalam bidang penulisan saja, ia juga amat bermanfaat kepada penulis mapan.


KNI menyentuh banyak perkara-perkara penulisan termasuk :
a. Bagaimana mendapat idea atau ilham,
b. Bagaimana mahu memulakan cerita,
c. Karektor dan plot,
d. Mencipta watak,
e. Ilmu bantu dan falsafah dalam karya,


Dalam panduan 14.1, ada pantang-larang penulis yang sangat penting yang harus dituruti. Panduan penting yang disebutkan ialah i. Jangan sesekali melakukan plagiat, ii. Elakkan klise, iii. Sila sunting karya anda.


Peniruan penuh atau separa terhadap karya orang lain adalah kesalahan dan jenayah paling besar dalam dunia penulisan. Bahasa rojak dan penggunaan Bahasa Inggeris yang keterlaluan juga adalah perkara yang dilarang.


Baik dari segi cerpen atau novel, panduan dalam KNI ini amat lengkap kerana ia memandu kita ke arah karya yang lebih kreatif serta indah. Panduan dan bantuan dari sebelum berkarya, sewaktu berkarya dan sesudah berkarya juga dihuraikan dalam KNI.


Dalam KNI, ia memberikan semacam formula agar karya-karya yang kita cipta tersebar nilai seninya dan dapat memberi pemikiran-pemikiran yang berkesan untuk para pembaca.
Pesanan penting yang saya rasakan amat berguna dalam KNI ini adalah, “Pengarang adakah satu amanah dan tanggungjawab kepada Allah.”


Karya Nan Indah berharga S$19.00/RM29.00 dan boleh didapatkan di

1 comment:

Azmah Nordin said...

salam ziarah, Sdr Muhammad Salihin :)

Wah, menariknya blog sdr. Kita mmpunyai minat yg sama; penulisan kreatif.

Senang2 nanti, sudi2kanlah singgah ke blog saya juga k ... saya di http://azmahnordin.blogspot.com