Saturday, June 7, 2008

CABARAN MENULIS SKRIP DRAMA TV



CABARAN MENULIS SKRIP DRAMA TV – SEGARIS SINAR
Bila dipelawa untuk menjadi sebagai salah seorang panel penulis skrip dalam drama Segaris Sinar (Constellations – tajuk asal) untuk TV Suria, aku tidak ragu-ragu untuk menerimanya. Memang ia satu cabaran yang aku sahut dengan minda yang terbuka.


Idea asal dicetuskan oleh pengarah prolifik Singapura, Sanif Olek yang berpengalaman, bervisi, kreatif, pernah memenangi anugerah tempatan dan luar negara. Amat rugi jika aku tidak menyahut cabaran yang diberikan kepadaku.



Dengan tenaga kerja yang aku anggap mantap, aku berasa seronok untuk menulis dua dari lapan skrip. Seri Wahyuni Jaes, pelakon hebat wanita Singapura menulis dua skrip – Fendi & Yati. Johari Aziz, yang banyak pengalaman dalam bidang penyiaran menulis skrip Faisal (Episod Awal) & Kamil (Episod akhir). Muzzafar, seorang yang berpengalaman dan juga pernah menulis skrip untuk drama Dian I turut menulis skrip Getar & Mail. Dan aku, yang belum ada pengalaman dalam skrip tv diberikan tugas untuk menulis skrip Didi & Zul. Namun, aku tidak harus takut dengan cabaran baru ini.



Dengan Sanif Olek sebagai pengarah dan Abu Marhalim sebagai penerbitnya, aku dapat rasakan ini satu produksi yang ‘dasyat’ dan tak boleh main-main komitmennya. Dengan sokongan dari syarikat produksi Shortman Films, aku mula-mulanya gerun jika tidak berupaya untuk menghasilkan skrip yang baik. Mujur, dengan bimbingan Sanif dan rakan-rakan lain, aku berjaya menghasilkan dua skrip yang juga dapat menambah portfolio aku.


Dalam dunia penulisan skrip, aku hanya pernah menghasilkan skrip drama radio dan juga menjadi skrip editor untuk rancangan animasi Rakan3. Skrip Hotel Di Raja aku tulis untuk drama Tujuh, juga entah disiarkan atau tidak kerana ada masalah dalaman. Moga dengan skrip ini, akan mencetuskan lagi banyak rezeki untuk aku menulis skrip pada masa hadapan. Amin..Amin
Dengan barisan para pelakon yang hebat seperti Rafaat Hamzah, Saifudin Mahfuz, Mikhail Razak, Roslan Kemat, Melvinder, Suzairhe, Rozita Sani, Rahimah, Fauzy Laili, Rilla Melati, Haryati Tayeb, Zamberi Fatah... rugi jika aku tidak ingin ikut serta. Dan membuat drama ini bertambah ‘hidup’ ialah pelakon kanak-kanak seperti Hasif, Zulhaqqim, Nazrie, Ridhwan, Desi, Danial dan Hidayat

Memang ia satu cabaran yang sungguh hebat untuk menghasilkan skrip drama yang banyak imbas kembali dan jalan cerita yang berbagai-bagai. Bayangkan drama yang berlatarkan tahun1980’han di sebuah rumah kebajikan anak yatim Darul Banun. Dan anak-anak itu dewasa sebagai sahabat karib dan keluarga rapat.

Pastinya, anak-anak ini dewasa dengan berbagai kerjaya, masalah dan juga pengalaman-pengalaman yang mungkin kita pernah alami.

Pastikan anda menontonnya pada bulan Julai 2008 di Tv Suria.

Semoga bermenafaat untuk yang menonton.
M Salihin

No comments: