Saturday, September 27, 2008

PURA-PURA-HAMIR SOHIB


Pada 27 September lalau, seorang teman menjemputku untuk menghadiri sebuah pameran lukisan di Valentine Willie gallery di Keppel Distripark. Nama pameran ini agak unik kerana Tajuknya TUKARGANTI membuat aku ingin tahu lebih lanjut mengenai pelukis yang akan ikut serta. ANtara pelukis yang aku kenal ialah Hamir Soib, dari Malaysia. Mengenai Karyanya : Bila tiba di dewan pameran, aku terkesan dengan karya beliau yang berukuran 3 x 3 meter yang begitu besar sekali impaknya. Sekali imbas aku sangkakan beliau seorang conservationist ataupun terlibat dalam pemeliharaan binatang-binatang yang semakin pupus. Dan dari jarak beberapa meter, aku rasakan kura-kura lukisan ini unik kerana ia jenis yang datang dari Pulau Galipoli.
Tapi bila aku membaca tajuk pada lukisan itu, perpekstif aku berubah seratus peratus. Tajuk lukisan kura-kuranya ialah Pura-pura. Dengan pandangan yang agak misteri dari kilauan mata kura-kura itu, aku rasakan ia sebenarnya, lebih dari maksud yang ingin disampaikan.
Bila aku berbicara dengan Hamir Sohib, penilitiannya bukan setakat seekor kura-kura yang hampir pupus, tetapi lebih luas dari itu. Ia ada berkaitan dengan kehidupan kita, dalam masyarakat, dalam politik, juga dalam keluarga atau individu.
Dan dalam pameran itu, hanya hasil seni Hamir yang begiu=tu menonjol dan 'lantang bersuara'.
Selepas itu, Maman, Ajak, Sha, Daud, Hamir, Nizam, Azrin dan ramai lagi teman minum di KTM. Walaupun ketika itu kaki ku terhencut-hencut, sampai juga untuk aku melihat kura-kura raksasa yang menyelinap masuk ke Singapura.

Syabas Hamir Soib.

No comments: